Selamat Mengunjung

Thursday, April 15, 2010

Harimau berkomunikasi dengan bunyi senyap


Bunyi ngauman harimau yang kuat dan garang adalah bertujuan untuk menggerunkan musuh serta mangsanya.
Selain bunyi tersebut, binatang itu juga mempunyai keistimewaan mengeluarkan bunyi yang sangat senyap yang tidak dapat dikesan oleh telinga manusia.
Bunyi berfrekuensi rendah berkenaan berfungsi memberi amaran mengenai kehadiran di sempadan kawasannya.
Selain itu ia turut digunakan untuk berkomunikasi, memikat dan merupakan bahasa teguran sesama mereka.
Kajian penyelidik mendapati, bunyi berfrekuensi rendah sebenarnya adalah lebih baik berbanding berfrekuensi tinggi kerana jarak liputannya tidak terjejas oleh masalah cuaca seperti kelembapan.
Ia juga tidak akan terganggu disebabkan muka bumi tanah yang menjadi faktor penting dalam komunikasi untuk harimau yang tinggal di dalam hutan.
Apa yang unik, bunyi itu juga dikatakan boleh mencapai jarak sehingga lapan kilometer.

Tuesday, April 13, 2010

Bagaimana cicak melekat pada dinding?


Kemampuan cicak untuk melekat pada dinding bukanlah disebabkan oleh bahan kimia tetapi sebenarnya ia disokong oleh faktor geometri.
Penemuan para saintis mendapati kaki cicak memainkan peranan besar dalam memastikan haiwan tersebut mampu melekat pada dinding atau bahagian siling bangunan.
Ia adalah disebabkan oleh helaian bulu-bulu halus pada tapak kaki cicak berfungsi untuk menghasilkan kuasa tarikan diantara molekul-molekul.
Di bahagian tapak kaki cicak, terdapat berjuta-juta mikroskopik helaian bulu yang lebih halus daripada rambut manusia.
Setiap bulu-bulu itu pula terbahagi kepada 1,000 bahagian kecil di mana ia boleh dilihat hanya menggunakan mikroskop elektron.
Bentuk helaian rambut nipis itu turut memainkan peranan penting dalam menentukan kemampuan cicak untuk memanjat dinding dan bergayut di siling.
Cicak akan menggunakan tumit untuk melekat dan mencengkamkan kakinya pada permukaan dinding.

Monday, April 12, 2010

Malangnya jika kita Obes!

Pada hari Jumaat 9 hb April yang lalu Sek Keb Peserai telah menerima lawatan beberapa orang jururawat kesihatan untuk memberi ceramah tentang pemakanan yang seimbang kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah obesiti.Anak murid ini dinasihati jangan makan makanan yang berlemak contohnya ayam goreng, burger dan daging merah . Mereka ini dinasihati supaya banyak
makan sayur-sayuran dan buah -buahan serta makanan yang seimbang.

Monday, March 29, 2010

Minuman Sihat Vitagen Oh Vitagen!

Hari ini SKP telah dikunjungi oleh tentera Vitagen. Alangkah gembiranya anak-anak SK Peserai menerima minuman Vitagen. Janjinya minuman Vitagen ini adalah baik untuk kesihatan.





Saturday, January 9, 2010

Sistem Maklumat Murid.


Para pelajar dikehendaki mengisi borang SMM. Borang ini hendaklah diisi oleh ibubapa mereka.
Borang hendaklah dihantar kepada pihak sekolah selewat-lewatnya pada hari Rabu 13 hb Jan 2010.

Rancangan Makanan Tambahan(RMT)







Seramai 200 pelajar Sek Keb Peserai menerima makanan tambahan . Waktu untuk pelajar
mengambil makanan ini pada waktu rehat.